Friday, December 30, 2011

Friday, December 23, 2011

SALAM 1MALAYSIA


Salam....

Apa khabar rakan-rakan peminat serama seluruh Malaysia?.. SFBP harap semua rakan-rakan sihat walafiat dan dilindungi Allah swt. Agak lama SFBP tidak update blog bukan sibuk mana pun tapi tak ada barang yang hendak diuploadkan. Cuma buat masa sekarang ini SFBP ada sibuk sedikit maklum lah musim banjir, banyak kerja-kerja menyelamat kena buat sebagai seorang anggota bomba.

Dalam musim tengkujuh ini adalah juga seekor yang muncul di reban SFBP, boleh tahan juga gayanya. Di sini SFBP ada uploadkan gambarnya dengan beberapa gaya yang agak cun dimata SFBP. SFBP mengharapkan ayam ini boleh pergi jauh.. Amin.

Rambai Mas






Thursday, September 1, 2011

Anak Lang...


Dah nak masuk remaja, perangai boleh tahan. Baru 1 minggu diasingkan dari adik-beradik nya, da berani nak belasah yang lain. Dah berkokok pun... Di bawah nie pun adik-beradik dia juga, ada 2 ekor lagi yang SFBP akan upload kan di masa akan datang. Kalu di upload kan sekarang, tak ada lah modal nak diceritakan dalam blog SFBP....

Anak Lang...


Perangai belum mari lagi tapi sesekali dia terperanjat boleh ler tahan gak gaya nya.

Anak 'B'



Baka Pok Lias... Mula nya sepasang tapi betina nya telah mati disebabkan reban ayam SFBP di serang virus. Alhamdulilah, kini semuanya telah di baik pulih.

Sunday, August 14, 2011

Anak-anak Lang + Limbat


berumur kira-kira 2 bulan lebih. Jika berminat sila hubungi saya.

Mas Puteh mengeram..


Saya breedkan dengan bapak limbat dari reban Pok Lias. Mudahan menjadi... Amin.

Mengeram juga...


Induk baru yang saya baru amik dari reban Abg Khalid Melaka... Kira2 sebulan lebih berada di reban SFBP, saya breedkan dengan Damos'...

Induk nie tak cantik mana tapi mampu mengeluarkan anak2 yang hebat, dan telah terbukti anaknya pernah mendapat tpt ke 2 di bon Ledang kategori muda dan telah dilamar oleh sahabat dari Negeri 9, kalau tak silap saya lah.

Mengeram...


Kristal 03 Sedang mengeram.. SFBP breedkan dengan bapak limbat. Dan kedua-dua ayam nie dari reban Pok Lias. Mempunyai pertalian darah yang sama. Mudahan mengeluarkan produk yang berkualiti.

Saturday, August 13, 2011

Anak 'A'


Anak 'A' ori... Baka Pok Lias.

Adik beradik Paka Lolo..


FOR SALE...

Paka Lolo..


FOR SALE... Damos' + Besi Buruk

Anak Lang + Limbat..



FOR SALE..

DAMOS'


Gaya tetap mantain, berminat???? Sila hubungi saya..











DAMOS'

Salam Ramadhan, kepada semua rakan2 serama seluruh Malaysia.. Rasa nya belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak'.

Lama betul SFBP tidak update blog, bukan tak ada masa cuma tak ada barang yang nak ditunjukan pada rakan2.

Dalam masa SFBP duduk diam adalah jugak anak ayam yang menetas, yang boleh menyedapkan mata memandang. Walaupun tak secantik mana untuk tatapan rakan2. Saya juga bercadang untuk menjual anak2 ayam tersebut. Kalau ada yang berkenan, call la saya (019-725 7558).

Monday, May 16, 2011

SALAM 1MALAYSIA


SALAM 1MALAYSIA buat rakan-rakan serama seluruh dunia. Assalammualaikum wbt... Tak ada barang nak diuploadkan wat tatapan rakan-rakan... Buat masa ini boleh dikatakan semua induk yang ada di reban SFBP sedang mengeram dengan pelbagai baka yang SFBP breedkan iaitu baka 'Lang', baka 'Din Bachok' (DAMOS) yang pernah menang tempat pertama dibon Melaka, tuan asal nya ialah Abg Khalid Melaka. Dan seekor pembaka lagi dari otai tersohor zon selatan yang kerap menjuarai bon-bon besar. 3 ekor induk turut SFBP perolehi dari baka tersohor yang telah terbukti keturunan dan darahnya mengeluarkan produk yang hebat-hebat dan kebanyakkan nya telah mencipta nama. Insyaallah dengan penat lelah dan tidak kenal erti putus asa SFBP sangat berharap dapat menghasilkan produk-produk yang hebat. Amin...

Anak 'B'


Inilah satu-satunya anak jantan 'Lang' + 'Nik Rashid' yang SFBP dapat dalam trip yang ke 2... Susah betul SFBP nak perolehi sebab kebanyakan nya keluar anak betina je... Mudah-mudahan si tunggal nie mendatangkan rezeki pada SFBP... AMIN

Induk Remaja


* SOLD *


Baka 'Lang' + 'Nik Rashid' (Kristal 01)...

Induk Remaja


Baka 'Lang' + 'Nik Rashid' (Kristal 01)... DIBUKA UNTUK JUALAN... RM250.00


Induk Remaja


Baka 'Lang' + 'Nik Rashid' (Kristal 01)... DIBUKA UNTUK JUALAN... RM250.00

Anak 'A'


Baka 'Lang' + 'Limbat'...

Anak 'A'

Tuesday, April 26, 2011

SALAM 1MALAYSIA


Assalammualaikum wbt dan salam 1Malaysia kepada rakan-rakan serama seluruh dunia. SFBP harap semuanya sihat sejahtera dan dilindungi Allah swt hendaknya.

Agak lama SFBP tidak update blog disebabkan broadband ada masalah, alhamdulilah sekarang dah ok dan SFBP akan sentiasa update dan maklumkan perkembangan terbaru ayam-ayam di reban SFBP.

FOR SALE... FOR SALE... FOR SALE...


'Lang Perdana' dibuka untuk jualan...

DAMOS'


Terbaru di reban SFBP akan dibreedkan dengan induk-induk yang ada, mudahan menjadilah hendaknya... Insyaallah...

Mas Puteh...


Induk paling lama di reban SFBP, susah betul nak dapat baka dia... Semua anak yang ditetaskan umur tak panjang...

Induk 'KRISTAL 03'...


Memang best perangai ayam ini, sebiji macam perangai ayam jantan... Dapat anak 3 ekor tapi mati 2 tinggal 1 ekor...

Oputeh...


1 darah dengan ketiga-tiga ayam di bawah tapi lain ibu...

Bunga Mas..


Adik beradik induk remaja dan Padi Mas...

Padi Mas...


Adik beradik dengan induk remaja di bawah...

Induk Remaja



Induk Remaja ini dr baka 'Nik Rashid' + 'Lang Perdana'...

Friday, March 18, 2011

PERTANDINGAN AYAM SERAMA ~ 17 APRIL 2011

Assalammualaikum..... Salam 1Malaysia... Makluman kepada semua rakan-rakan serama seluruh Malaysia, satu Pertandingan Ayam Serama akan diadakan pada tarikh 17 April 2011 (Ahad) di perkarangan Stadium Hoki Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka.

Yuran penyertaan RM30.00...

Johan RM80.00 berserta piala
Ke 2 RM70.00 berserta piala
ke 3 RM50.00 berserta piala
Saguhati RM30.00 (30% daripada jumlah ayam setiap kategori)

**BOTB RM50.00 berserta piala.

**** Hadiah untuk wang tunai akan ditambah mengikut jumlah ayam bagi setiap kategori.

Cabutan bertuah iaitu hamper dan barangan harian.

Selain itu juga saya ada menjual jaket jeans pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan.

Sekian terima kasih.

Saturday, March 12, 2011

GADING MAS (SFBR7)



Gaya terkini 'Gading Mas'... Sesekali buat memang cun tapi perangainya masih belum mari daaa.... Jenis lambat ayam ni... tu yang SFBP try campurkan induk supaya cepat datang perangainya.

Anak 'A'




Kedua-dua anak ayam ini adalah anak kepada 'Lang Perdana' + 'Induk Kristal 01'... Adalah nampak gaya sikit, yang lain-lain itu masih belunjur.

Induk 'KRISTAL 01'...

Baru dipisahkan dengan anak-anaknya, SFBP cadang nak breedkan dengan 'Gading Mas' pula.

Thursday, March 3, 2011

Alhamdulilah...


Rezeki musim panas, 11 ekor menetas di reban SFBP... anak kepada induk 'Kristal 01' dan induk 'limbat'... masih blum nmpak gaya nyer, tunggu la sebln dua nie...

Induk 'KRISTAL 03'...


Induk ini skrg tgh mengeram 7 biji... dibreedkan dgn 'Lang Perdana'... mudhan2 menjadi...

Pembaka di reban SFBP...



Wednesday, February 16, 2011

GADING MAS (SFBR7)




On the way ke alam muda... berpotensi pergi lebih jauh... mudah2an berjaya... amin

Manjalara...

INDUK DARA KRISTAL 02

Induk dara nie sama darah dengan Gading Mas... insyaallah akan disatukan dgn Gading Mas bila sampai waktu n masa nyer... Mudah2an menjadi la hendak nyer.. amin

Remaja...


Ayam anak buah SFBP (Serama BR7).... perangai jahat giler ayam nie... kuat mengibas, kalau ikut kan nak amik masuk dalam kotak jer bawak balik... he he he

Lang Laut terkini....