Saturday, February 11, 2012

Rambai Mas ke alam remaja...


Salam 1Malaysia...

Apa khabar pada semua rakan blog serama, SFBP harap semuanya sihat sejahtera dan dilindungi Allah swt hendaknya.

Alhamdulilah.. Rambai Mas dah masuk kategori remaja, jalan lonjak dada dan kuat mengibas ayam ini apabila berada di atas meja. Mudahan ekor cepat siap sepenuhnya, dapat ler SFBP test bon besar di Kuala Lumpur walaupun tak berani nak target tetapi sekurang-kurangnya dapat menyedapkan mata setiap orang yang melihat aksinya.. mana ler tau ada ranking.. hehehe.. Kalau ada rezeki tak ke mana pun.

Buat masa ini juga di reban SFBP ada 2 induk baru menetas, kedua-dua induk dapat 3 ekor anak sahaja.. baka dari induk Pok Lias + Naga Samun (SBR7) dan seekor lagi induk Limbat Naga Merah + Naga Samun (SBR7). Apa-apa pun kita tunggu dan lihat proses baka baru ini. Mudah-mudahan menjadi hendaknya. Amin.

Rambai Mas